Koleksi Puisi

Rehat Minda

Jabatan Teknologi Pendidikan PDF Cetak Emel

 

Maklumat Terkini Jabatan Teknologi Pendidikan (sila klik)

 

FUNGSI JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1. Teras / Hakiki

  1. Jabatan Teknologi Pendidikan berfungsi untuk membimbing, melatih dan mengeluarkan guru permulaan dan guru dalam perkhidmatan yang berketerampilan dalam mata pelajaran Pengurusan Sumber dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
  2. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara terus dan akses kendiri bagi program pra-perkhidmatan dan kurus dalam perkhidmatan.
  3. Menilai pencapaian pengajaran dan pembelajaran melalui kerja kurus taksiran dan peperiksaan.
  4. Menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek pencapaian kepuasan pelanggan untuk pelajar pra-perkhidmatan dan KDP pada tahap skor min 3.5.
  5. Membimbing dan menilai pelajar semasa praktikum.
  6. Melahirkan guru yang dapat mengamalkan pengajaran secara berkesan dengan mengintegrasikan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Program Kecemerlangan Profesional Untuk Pensyarah

  1. Mengadakan sesi perjumpaan profesional sekurang-kurangnya empat kali pada setiap semester.
  2. Mengadakan kursus / latihan dalam berkaitan dengan Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
  3. Mengadakan lawatan penandaarasan ke:

i.         sekolah

ii.       institut pendidikan guru

iii.      institusi pendidikan yang lain

3. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pelajar

  1. Mengadakan pertandingan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti lain yang berkaitan.
  2. Menggunakan e-wahana sebagai media pembelajaran secara akses kendiri.

4. Program Penyelidikan dan Pembangunan

  1. Memupuk budaya mengkaji dan menyelidik di kalangan pensyarah dan pelajar khususnya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
  2. Menggalakkan amalan kajian tindakan dalam bilik darjah untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

5. Pengurusan Berkualiti

  1. Mengamalkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran, dan pengurusan jabatan secara profesional selari dengan standard kualiti yang telah ditetapkan oleh BPG, serta arahan Pekeliling Ikhtisas, PKPA, dan arahan Perbendaharaan.
  2. Melaksanakan tugas berpandukan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF JABATAN

Pada akhir setiap semester 100% pelajar  yang mengambil mata pelajaran Pengurusan Sumber dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi lulus dengan unjuran 60% mendapat pangkat cemerlang, 30%  pangkat kepujian dan 10% pangkat lulus.

 

 
Laman Utama arrow Jabatan arrow Teknologi Pendidikan