Koleksi Puisi

Rehat Minda

Jabatan Matematik PDF Cetak Emel

FUNGSI JABATAN MATEMATIK

1. TERAS/HAKIKI

a.      Menjalankan pengajaran-pembelajaran secara bersemuka bagi program praperkhidmatan dan  bagi program dalam cuti sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah interaksi/kredit/semester.

b.      Menjalankan pengajaran-pembelajaran secara akses kendiri bagi program praperkhidmatan dan  bagi program dalam cuti sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah interaksi/kredit/semester.

c.      Menjalankan sesi pengajaran mikro dan makro bagi pelajar sesuai dengan bidang kursus yang dijalankan.

d.      Menilai pencapaian pengajaran-pembelajaran melalui kerja kursus, taksiran, aktiviti dan ujian  amali, dan peperiksaan.

e.      Menilai keberkesanan penyampaian pengajaran-pembelajaran dari aspek pencapaian kepuasan pelanggan untuk pelajar praperkhidmatan sekurang-kurangnya pada tahap skor min 3.5.

f.        Membimbing dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum.

2. PROGRAM KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNTUK PENSYARAH

a.      Mengadakan sesi latihan perkembangan staf dalam jabatan sekurang-kurangnya dua kali setiap semester.

b.      Memupuk dan mempertingkatkan kemahiran dan budaya menjalankan kajian tindakan di kalangan pensyarah jabatan supaya menghasilkan sekurang-kurangnya satu kajian tindakan setiap tahun.

3. PROGRAM KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNTUK PELAJAR

a.      Mengurus Program DAN Aktiviti berkaitan Matematik dan Sains untuk memantapkan kemahiran pelajar dalam Pendidikan Matematik dan Sains seperti yang dituntut dalam kurikulum.

4.  PENGURUSAN BERKUALITI

a.      Mengamalkan pengurusan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan jabatan  secara bermuafakat dan professional mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh BPG serta arahan Pekeliling Ikhtisas, PKPA dan Arahan Perbendaharaan.

b.      Melaksanakan tugas berpandukan dokumen-dokumen yang ditetapkan dan yang bersesuaian.

OBJEKTIF JABATAN MATEMATIK

Pada akhir pembelajaran, 100% pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik akan lulus dengan unjuran 20% mendapat pangkat cemerlang, 60% pangkat kepujian dan 20% pangkat lulus.

 

 

 

 
Laman Utama arrow Jabatan arrow Matematik