Koleksi Puisi

Rehat Minda

Jabatan Pendidikan Islam & Moral PDF Cetak Emel

FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

1. Teras / Hakiki:

a.      Menjalankan pengajaran –pembelajaran secara bersemuka bagi program pra perkhidmatan dan bagi kursus dalam perkhidmatan (KDP) sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah interaksi / kredit / semester

b.      Menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara akses kendiri bagi program praperkhidmatan dan bagi kursus dalam perkhidmatan (KDP) sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah jam interaksi /kredit / semester

c.      Menjalankan sesi pengajaran mikro dan makro bagi setiap pelajar sesuai dengan bidang kursus yang dijalankan

d.      Menilai pencapaian P-P melalui kerja kursus , taksiran dan peperiksaan

e.      Menilai keberkesanan  penyampaian P-P dari aspek pencapaian kepuasan pelanggan untuk pelajar praperkhidmatan sekurang-kurangnya pada tahap skor min 3.5

f.        Membimbing dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum

2. Program Kecemerlangan Profesional untuk pensyarah

a.      Mengadakan perjumpaan profesional sekurang-kurangnya 2 kali setiap semester

b.      Mengadakan kursus / latihan dalaman yang berkaitan dengan:

                                                   I.      ICT dalam P-P Pengajian Agama Islam, Pendididkan Islam, Bahasa Arab dan Tamadun Islam.

                                                 II.      Penyelidikan dalam P-P pengajian Islam dan Bahasa Arab.

                                                III.      Memantapkan penghayatan islam di kalangan guru pelatih Islam dalam aspek akidah, ibadah dan akhlak.

c.      Mengadakan lawatan penanda arasan (jika perlu) sama ada ke:

a.                  Sekolah atau              

b.                  Institut Pendidikan Guru atau             

c.                  Institut Pendidikan yang lain

3. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pelajar

a.      Pengelolaan kursus peningkatan keilmuan  dan kefahaman Islam dalam kalangan pelajar

b.      Mengelolakan pertandingan / musabaqah ilmu/ kemahiran berkaitan P-P dan aktiviti lain yang berkaitan.

c.      Memantapkan kualiti kepimpinan dan pengurusan aktviti yang bercorak keagamaan di kalangan pelatih.

d.      Mengurus dan memakmurkan surau IPBMM dengan pelbagai aktiviti  bersama JK Tadbir Surau seperti usrah pelajar, tazkirah maghrib, pengajian al-Quran dan kuliah-kuliah keagamaan

e.      Menjelaskan pandangan Islam terhadap isu-isu kehidupan

f.         Membimbing pelatih dalam aktiviti keagamaan dan kerohanian bagi mengembangkan potensi mereka secara optimum

g.      Membina dan menerapkan nilai-nilai Islam dan moral secara bersepadu dalam kehidupan harian pelatih

4. Program Penyelidikan dan Pembangunan

a.      Memupuk budaya mengkaji dan menyelidik di kalangan pensyarah dan pelajar khususnya dalam bidang pedagogi pengetahuan agama Islam bagi tujuan penambahbaikan dan mengkaji sumber khidmat konsultasi dan rujukan pendidikan

5. Pengurusan Berkualiti

a.  mengamalkan pengurusan P-P dan pengurusan jabatan secara bermuafakat dan profesional mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh BPG serta pekeliling iktisas , PKPA, dan arahan perbendaharaan

b.      melaksanakan tugas berpandukan dokumen-dokumen yang ditetapkan dan yang bersesuaian

Objektif Jabatan

a.      Pada akhir setiap semester 100% pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam, Pengajian Islam, Tamadun Islam dan Bahasa Arab lulus dengan unjuran 80 % mendapat cemerlang dan 15 % mendapat kepujian dan 5 % lulus.

b.      Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan warga IPBMM dengan mengendalikan program keagamaan yang diarahkan oleh BPG dan program/ kursus dalaman  secara tersusun.

 

 

 

 

 

 

 
Laman Utama arrow Jabatan arrow Pendidikan Islam