Laman Utama
Sep 9
Thursday

Statistik

Ahli: 2
Berita: 59
Capaian Web: 5
Pengunjung: 32649

Dalam Talian

Kami ada 15 tetamu online

Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu

Image 

Puan Soriah Binti Abdullah

2007 - Sekarang

 

Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya

03-22821633


Koleksi Puisi

Rehat Minda

Wacana Pemikiran dan Epistemologi Alam Melayu 2009 PDF Cetak Emel

IPGM Kampus Bahasa Melayu, dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM akan mengendalikan Wacana Pemikiran dan Epistemologi Alam Melayu pada 24 -27 Mei 2009. Wacana Siri ke-2 yang akan diadakan di Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang akan dirasmikan pembukaannya oleh YB Dr. Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Usahasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan UKM ini adalah bagi menjayakan Program Pembangunan Upaya Pendidik / Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Membina Negara Bangsa, Membangunkan Modal Insan, Memartabat Profesion Keguruan, dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
Sebanayak lapan kertas wacana akan dibentang oleh pewacana ulung seperti Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, Prof. Dr. Harun Daud, Prof. Dr. Noriah Mohamed, Prof. Dato' Dr. Nik Anuar Nik Mahmod, Dato' Zawiah baba, Prof. Madya Dr. Muhammad Zainy Uthman, dan Dr. Khalif Muammar. Wacana ini akan dapat memperkukuhkan makna dan jati diri generasi pendidik dan rakyat Malaysia serta hala tuju negara pada masa hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pn. Soriah Abdullah, Pengarah IPGMKBM mengucapkan selamat berwacana, dan merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak ATMA yang telah memberi kerjasama padu kepada IPGMKBM.
 

 
Seterusnya >

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Institut ini telah ditubuhkan sebagai Institut Bahasa pada 12 Januari 1956 di atas syor Penyata Razak 1956 agar sebuah institut didirikan untuk mempertingkatkan taraf Bahasa Melayu.  Pada mulanya, institut ini berpejabat di Kementerian Pelajaran, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Aktiviti awal institut ini adalah bertumpu pada kegiatan pentadbiran sahaja seperti pengambilan pelajar dan penyediaan tenaga pengajar serta kakitangan lain yang bertugas di sini.

Namun demikian, pada November 1957, Institut Bahasa telah memperoleh bangunan sendiri di Bukit Senyum, Johor Bahru sementara menanti bangunan tetapnya siap dibina di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.  Fungsi utama Institut Bahasa pada masa itu adalah untuk melatih guru-guru khas tentang bahasa terutama dalam pengajaran Bahasa Kebangsaan

Lokasi

 

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,

Lembah Pantai,59990 Kuala Lumpur. 

Tel: 03-22822389 Fax: 03-22826076

Laman Utama