Statistik
Ahli: 2Berita: 59
Capaian Web: 5
Pengunjung: 32649
Koleksi Puisi
Rehat Minda
| Jabatan Kajian Sosial |
|
|
|
|
FUNGSI JABATAN KAJIAN SOSIAL 1. Teras / Hakiki a. Melahirkan guru-guru Kajian Sosial untuk sekolah rendah yang berpengetahuan , berwibawa, berakhlak mulia dan berdaya saing. b. Merancang pengajaran dan pembelajaran semester bagi mata pelajaran kajian sosial yang menepati sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dan kehendak prosedur kualiti yang berkaitan. c. Menjalankan 70% pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dan 30% secara akses kendiri bagi program pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan. d. Menilai pencapaian pelajar berpandukan panduan kerja kursus dan peperiksaan seperti yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. e. Menilai keberkesanan peneyampaian pengajaran dari aspek pencapaian kepuasan pelanggan untuk pelajar praperkhidmatan sekurang-kurangnya pada tahap skor min 3.5. f. Membimbing dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum. 2. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pensyarah a. Mengadakan mesyuarat atau sesi perjumpaan profesional sekurang-kurangnya 1 kali setiap semester. b. Mengadakan kursus atau latihan dalaman berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Sosial. c. Menghadiri kursus-kursus peningkatan profesional anjuran dalaman , pihak Bahagian Pendidikan Guru atau pihak luar. d. Mengadakan lawatan sambil belajar dan lawatan penandaarasan ke sekolah, IPG lain atau institusi pendidikan luar. 3. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pelajar a. Melibatkan diri pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan berkesan b. Menjalani sesi pengajaran mikro dan makro bagi mata pelajaran kajian sosial c. Menyertai bengkel penyediaan bahan bantu belajar d. Membimbing pelajar melalui pencerapan klinikal untuk mata pelajaran kajian sosial semasa menjalani praktikum e. Mengadakan lawatan dan menyertai pertandingan ilmu dan kemahiran berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran 4. Program Penyelidikan dan Pembangunan a. Memupuk budaya mengkaji dan menyelidik dan penghasilan karya di kalangan pensyarah b. Memberi khidmat kepakaran dalam bidang kajian sosial kepada warga IPBMM dan guru-guru negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan 5. Pengurusan Berkualiti Mengamalkan pengurusan P & P dan pengurusan jabatan secara kolaboratif dan profesional mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh BPG, Pekeliling Ikhtisas, KPA dan Arahan Perbendaharaan a. Melaksanakan tugas yang ditetapkan dengan berkesan
OBJEKTIF JABATAN
|
Jabatan
Kajian Sosial 


