Statistik
Ahli: 2Berita: 59
Capaian Web: 5
Pengunjung: 32651
Koleksi Puisi
Rehat Minda
| Jabatan Pra Sekolah |
|
|
|
|
FUNGSI JABATAN PRASEKOLAH 1. Teras / Hakiki. a. Menjalankan pengajaran-pembelajaran secara bersemuka bagi program praperkhidmatan dan bagi kursus dalam perkhidmatan (KDP) sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah interaksi / kredit / semester. b. Menjalankan pengajaran-pembelajaran secara akses kendiri bagi program praperkhidmatan dan bagi kursus dalam perkhidmatan (KDP) sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah interaksi / kredit / semester. c. Menjalankan sesi pengajaran mikro dan makro bagi setiap pelajar sesuai dengan bidang kursus pendidikan prasekolah yang dijalankan. d. Menilai pencapaian pengajaran dan pembelajaran melalui kerja kursus, taksiraan dan peperiksaan. e. Menilai keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran dari aspek pencapaian kepuasan pelanggan untuk pelajar praperkhidmatan sekurang-kurangnya pada tahap skor min 3.5. f. Membimbing dan menilai prestasi pelajar semasa pratikum. 2. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pensyarah. a. Mengadakan sesi perjumpaan profesional sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap semester. b. Mengadakan kursus / latihan dalaman yang berkaitan dengan :- i. Penguasaan ilmu dan Kemahiran Pendidikan Prasekolah, ii. Penyelidikan Tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran Ilmu Pendidikan Prasekolah. c. Mengadakan lawatan penandaarasan ( jika perlu ) sama ada ke :- i. Sekolah, atau ii. Institut Pendidikan Guru, atau iii. Institut Pendidikan yang lain. 3. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pelajar. a. Jika perlu mengadakan lawatan ke sekolah / institusi yang berkaitan atau pertandingan ilmu dan kemahiran berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, atau mengadakan bengkel penyediaan Bahan Bantu Belajar, atau aktiviti lain yang berkaitan. 4. Program Penyelidikan dan Pembangunan Kajian Tindakan. a. Memupuk budaya mengkaji dan menyelidik di kalangan pensyarah dan pelajar khususnya dalam bidang pedagogi prasekolah bagi tujuan penambahbaikan, menjadi sumber khidmat konsultansi dan rujukan pendidikan. 5. Pengurusan Berkualiti. a. Mengamalkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan jabatan secara bermuafakat dan profesional mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh BPG serta arahan Pekeliling Ikhtisas, PKPA dan arahan Perbendaharaan. b. Melaksanakan tugas berpandukan dokumen-dokumen yang ditetapkan dan yang bersesuaian. Objektif Jabatan 1. Pada akhir tahun, 100% pelajar yang mengambil mata pelajaran Ilmu Pendidikan Prasekolah lulus dengan unjuran 70% mendapat pangkat cemerlang, 25% pangkat kepujian, dan 5% pangkat lulus. 2. Melahirkan pelajar yang dapat meningkatkan ilmu pendidikan prasekolah dan menguasai pedagogi prasekolah. 3. Melahirkan pelajar yang beriltizam terhadap tugas, bertanggungjawab dan berperkerti mulia sebagai guru. 4. Mewujudkan kolaborasi dalam aktiviti Pengajaran & Pembelajaran antara pensyarah dan pelajar. 5. Melahirkan pelajar yang boleh merujuk, mencari, memilih dan memproses maklumat secara sistematik. 6. Membentuk insan guru yang bestari, profesional dan berketerampilan serta berkemahiran dalam teknologi maklumat. 7. Melengkapkan pelajar sebagai anggota masyarakat yang berguna dengan menyertai program komuniti sejajar dengan kehendak dan inspirasi masyarakat dan negara. 8. Memastikan pelaksanaan kuliah dan tutorial dilaksanakan 100%. 9. Membentuk guru pelatih yang kreatif, kritis dan inovatif. 10. Melaksanakan penyelidikan dalam proses Pengajaran & Pembelajaran.
|
Jabatan
Prasekolah 


