Statistik
Ahli: 2Berita: 59
Capaian Web: 5
Pengunjung: 32649
Koleksi Puisi
Rehat Minda
| Jabatan Kesusasteraan Melayu |
|
|
|
|
FUNGSI JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU 1. Teras/Hakiki a. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka bagi program praperkhidmatan dan bagi Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah interaksi/kredit/semester. b. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara ekses kendiri bagi program praperkhidmatan dan bagi kursus dalam perkhidmatan (KDP) sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah interaksi/kredit/semester. c. Menjalankan sesi pengajaran mikro dan makro sesuai dengan bidang kursus yang dijalankan. d. Menilai pencapaian P&P melalui kerja kursus, taksiran dan peperiksaan. e. Menilai keberkesanan P&P dari aspek pencapaian kepuasan pelajar praperkhidmatan sekurang-kurangnya pada tahap skor min 3.5. f. Membimbing dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum. 2. Program kecemerlangan Profesional untuk Pensyarah a. Mengadakan sesi perjumpaan profesional sekurang-kurangnya 2 kali setiap semester. b. Mengadakan kursus yang berkaitan dengan p&p bagi kesusasteraan Melayu dan Komsas. 3. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pelajar a. Mengadakan bengkel (sekiranya perlu) penghayatan teks Komsas/puisi tradisional sebagai program pengukuhan kepada pelajar dan mengadakan aktiviti-aktiviti kesusasteraan seperti sayembara puisirama. 4. Program Penyelidikan dan Pembangunan Kajian Tindakan a. Memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah dan pelajar khususnya dalam bidang pedagogi Kesusasteraan Melayu dan Komsas. 5. Pengurusan Berkualiti a. Mengamalkan penguruan pengajaran dan pembelajaran, dan pengurusan jabatan secara bermuafakat dan profesional mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh BPG serta arahan Pekeliling Ikhtisas, PKPA dan Arahan Perbendaharaan. b. Melaksanakan tugas berpandukan dokumen-dokumen yang ditetapkan dan bersesuaian. Objektif Jabatan 1. Pada akhir setiap semester, pelajar yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu lulus dengan sekurang-kurangnya 30% mendapat pangkat cemerlang, 60% kepujian dan 10% lulus. 2. Mengendalikan aktiviti pengembangan kesusasteraan sekurang-kurangnya 30% daripada tugas rasmi. 3. Menghasilkan bahan penerbitan p& p Kesusasteraan Melayu sekurang-kurangnya satu bahan setahun.
|
Jabatan
Kesusasteraan Melayu 


