Statistik
Ahli: 2Berita: 59
Capaian Web: 5
Pengunjung: 32652
Koleksi Puisi
Rehat Minda
| Jabatan Pengembangan Kebudayaan Melayu |
|
|
|
|
FUNGSI JABATAN PENGEMBANGAN KEBUDAYAAN MELAYU 1. Teras/ Hakiki a. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka bagi program praperkhidmatan dan bagi kursus dalam perkhidmatan (KDP) sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah interaksi/ kredit/ semester b. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara akses kendiri bagi program praperkhidmatan dan bagi kursus dalam perkhidmnatan KDP) sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah interaksi/ kredit/ semester c. Merancang, melaksana dan menilai kursus pendek kelolaan institut berdasarkan bidang kepakaran pensyarah di jabatan bagi membantu mencapai SKT yang telah ditetapkan d. Menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mikro dan makro bagi pelajar sesuai dengan keperluan sukatan pelajaran dan bidang kursus yang dijalankan e. Menjalankan sesi aktiviti amali bagi bidang tertentu bersesesuaian dengan kurikulum yang ditetapkan f. Menilai pencapaian pengajaran dan pembelajaran melalui kerja kursus, taksiran dan peperiksaan mengikut JPT g. Menilai keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran dari aspek pencapaian kepuasan pelanggan untuk pelajar praperkhidmatan sejurang-kurangnya pada skor 3.5 h. Membimbing dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum. 2. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pensyarah a. Mengadakan sesi perjumpaan profesional sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap semester b. Mengadakan kursus dan bengkel untuk pensyarah bagi latihan di dalam dan luar institut yang berkaitan dengan; i. Kesenian dan kebudayaan Melayu, ii. Teater dalam Pendidikan iii. Teknik Bercerita c. Mengadakan perkongsian pintar dengan warga pendidik dalam bidang kesenian dan kebudayaan Melayu, Teater dan Teknik Bercerita serta Pemantapan Pedagogi Bahasa , Kesusasteraan dam Kebudayaan Melayu d. Mengadakan lawatan penandaarasan untuk tujuan peningkatan profesionalisme ke institusi lain mengikut keperluan. 3. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pelajar a. Merancang dan melaksanakan kursus/bengkel pemantapan pedagogi untuk pelajar sebagai lanjutan daripada kurikulum b. Merancang dan melaksanakan aktiviti kebahasaan , kesusasteraan dan kebudayaan Melayu bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan pelajar dalam bidang ilmu serta pengurusan aktiviti tersebut. 4. Program Penyelidikan dan Pembangunan / Kajian Tindakan a. Memupuk budaya mengkaji dan menyelidik dalam kalangan pensyarah dan pelajar khususnya berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa , Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu bagi tujuan penambahbaikan, menjadi sumber khidmat konsultasi dan rujukan pendidikan 5. Pengurusan Berkualiti a. Mengamalkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran secara profesional, beretika dan cekap mengikut prinsip dan prodedur SPK yang ditetapkan oleh BPG serta arahan Pekeliling Ikhtisas, PKPA dan Arahan Perbendaharaan b. Melaksanakan tugas berpandukan prosedur yang ditetapkan dan bersesuaian c. Penggunaan dan pengurusan sumber serta TMK secara optima dalam P& P d. Menghasilkan penerbitan berkaitan dengan bidang kesenian dan kebudayaan Melayu sebagai bahan P & P dan sumber rujukan e. Menerajui pelaksanaan program pengembangan dan pelestarian seni budaya Melayu seperti melaksanakan kursus / bengkel penulisan skrip, pementasan dan aktiviti yang meningkatkan penghayatan terhadap seni budaya Melayu f. Membangunkan Galeri Budaya sebagai sumber rujukan dan stesen pembelajaran.
Objektif Jabatan 1. Membimbing pelajar untuk mencapai keputusan sekurang-kurangnya 60% cemerlang, 35% kepujian dan 5% lulus 2. Mengendalikan kursus dalam bidang pendidikan kebudayaan; dan memberikan khidmat sokongan kepada jabatan lain dalam bidang pendidikan bahasa, sastera dan budaya Melayu untuk semua kursus yang dianjurkan oleh IPBMM. 3. Memberikan khidmat kepakaran dalam bidang persuratan dan kebudayaan Melayu 4. Berjaya melaksanakan sekurang-kurangnya 90% aktiviti seni budaya Melayu yang dirancang. 5. Menerajui pelaksanaan program pengembangan dan pelestarian seni budaya Melayu seperti melaksanakan penyelidikan dan dokumentasi dalam pelbagai bentuk penerbitan berkaitan dengan kebudayaan Melayu
|
Jabatan
Pengembangan Kebudayaan 


