Koleksi Puisi

Rehat Minda

Kokurikulum PDF Cetak Emel
 

Fungsi Unit Kokurikulum

1. Teras / Hakiki

a.                  Melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran,  serta pengurusan program kokurikulum.

b.                  Merancang dan melaksana program kokurikulum dalam ketiga-tiga komponen  untuk program praperkhidmatan  dan Kursus Semasa Cuti  berikut,  mengikut struktur dan sukatan pelajaran Kokurikulum BPG:

-          Kursus Praperkhidmatan:

KPLI (SR); KDPM (Kemas); PPISMP; PISMP – OUM; dan PISMP – IPG

-          Kursus semasa Cuti:

PLPS (KPLI-SR & KDPM); SABK (KPLI-SR & KDPM); LPBS (KPLI-SR & KDPM) dan LPBS j-QAF (KPLI-SR).

c.                  Menilai pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam ketiga-tiga komponen kokurikulum melalui amali, taksiran dan ujian bertulis, dan menyerah markah kepada Ketua Unit Peperiksaan pada akhir semester / tahun.

d.                  Merancang dan mengendalikan aktiviti-aktiviti seperti perkhemahan, lawatan, persembahan dan lain-lain untuk memenuhi keperluan sukatan pelajaran dan sebagai aktiviti penyuburan.

e.                  Membuat pemantauan secara berterusan untuk memastikan  program kokurikulum dilaksanakan dengan berkesan.

f.                    Merancang dan mengendalikan pertandingan KAGUM peringkat Zon/Kebangsaan.

g.                  Mengurus penyertaan pelajar dalam pertandingan KAGUM peringkat Zon/Kebangsaan.

2. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pensyarah

a.                  Mengadakan sesi perjumpaan dengan pensyarah sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap semester.

b.                  Merancang dan mengendalikan kursus peningkatan profesional dalam kokurikulum.

c.                  Memberi taklimat kepada pensyarah-pensyarah baru tentang konsep dan pelaksanaan kokurikulum di IPG.

3. Pengurusan Berkualiti

a.                  Mengamalkan pengurusan P&P serta pengurusan Unit Kokurikulum  secara profesional mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh BPG, MS ISO,  arahan Pekeliling Ikhtisas, PKPA dan Arahan Perbendaharaan .

b.                  Melaksanakan tugas berpandukan dokumen-dokumen yang ditetapkan dan yang bersesuaian.

c.                  Mewujudkan sistem komunikasi yang berkesan di antara penyelaras dan pensyarah penasihat.

 

Objektif Unit

a.                  Memastikan semua pelajar Praperkhidmatan dan pelajar Kursus Semasa Cuti mengikuti semua program Kokurikulum 100% seperti yang dikehendaki dalam struktur dan sukatan pelajaran kokurikulum

b.                  Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Program Kokurikulum agar pelajar lulus 100%.

c.                  Meningkatkan tahap kecekapan pensyarah penasihat dalam pengurusan kokurikulum melalui latihan, kursus, taklimat, perbincangan dari semasa ke semasa.

d.                  Memastikan penyertaan pelajar dan pengelolaan pertandingan KAGUM adalah 100% berkesan.

e.                  Memantau 100% aktiviti pelajar dengan lebih sistematik dan berkesan.

f.                    Memastikan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dipatuhi 100%.

 
Laman Utama arrow Unit arrow Kokurikulum