Koleksi Puisi

Rehat Minda

Unit Peperiksaan Dan Penilaian PDF Cetak Emel

FUNGSI UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Mengurus perancangan serta pentadbiran peperiksaan dan penilaian peringkat Institut,  pentadbiran dan pemantauan pelaksanaan penilaian yang merangkumi kerja kursus dan peperiksaan, mengurus penggubalan kertas soalan dan moderasi pemeriksaan skrip jawapan, pelaksanaan analisis keputusan peperiksaan dan analisis item serta pengurusan  dan pemantauan pelaksanaan bank item.

1.   Fungsi Am

    1. Mengurus sistem Peperiksaan dan Penilaian Kursus Praperkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur.
    2. Mengurus selia bilik kebal Institut.
    3. Mengurus fail berkaitan peperiksaan dan penilaian dan bertanggungjawab terhadap bahan-bahan di Unit Peperiksaan
    4. Mendokumentasi bahan-bahan peperiksaan
    5. Memusnahkan bahan peperiksaan dan penilaian

2.      Mengurus Pendaftaran Calon Peperiksaan Dan Penilaian.

3.      Mengurus Keputusan Kerja Kursus.

4.      Menyemak Kelayakan Calon Menduduki Peperiksaan dan Penilaian.

5.      Menyelaras Sesi Penggubalan Kertas Soalan Peperiksaan.

6.      Menyelaras Sesi Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan.

7.      Mengurus Peperiksaan Amali, Lisan dan Bertulis.

8.      Mengurus Penyediaan Transkrip Keputusan Peperiksaan.

9.      Mengurus Penyediaan Sijil dan Diploma Perguruan.

10.  Melaksanakan Tugas-tugas Lain

a.      Meningkatkan profesionalisme, kecekapan dan kemahiran pensyarah membina item.

b.      Meningkatkan profesionalisme pensyarah membuat penilaian dan pengurusan markah kerja kursus  

c.      dan peperiksaan.

d.      Meningkatkan profesionalisme Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian serta semua staf di Unit  Peperiksaan dan Penilaian.

e.      Menyelaras Ujian Pemilihan calon Guru Malaysia (MteST).

f.        Menyelaras dan melaksanakan Peperiksaan Program bersama universiti.

g.      Menyelaras dan melaksanakan peperiksaan dan rekod Kursus Induksi Sistem 

h.      Saraan Malaysia  (KISSM).   

i.         Membantu BPG sebagai urus setia dalam pengurusan peperiksaan.

j.         Menyelaras Analisis Item peringkat Institut.

k.       Membantu pengurusan Bank Item peringkat Institut.

 

 

OBJEKTIF UNIT

1.                  Memastikan proses penggubalan kertas soalan dan Peraturan Memberi Markah dilaksanakan secara teratur dan terkawal dengan menepati format dan Jadual Spesifikasi Ujian serta mengikut prosedur yang ditetapkan.

2.                  Memastikan proses penilaian kerja kursus dan taksiran dijalankan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan.

3.                  Memberi panduan dalam perancangan dan pentadbiran peperiksaan, penyediaan dokumen untuk proses pengesahan keputusan peperiksaan dan penilaian kerja kursus secara teratur dan sistematik berdasarkan Manual Prosedur Proses Peperiksaan Pendidikan Guru dan Perintah Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru

4.                  Memastikan proses pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan bertulis dijalankan secara tekal dan terkawal mengikut panduan moderasi

5.                  Memastikan proses penyediaan analisis item, analisis keputusan peperiksaan dan bank item dijalankan secara sistematik dan mengikut peraturan dan langkah keselamatan yang ditetapkan.

6.                  Sekurang-kurangnya 99.5% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus

7.                  Memastikan keputusan peperiksaan akhir pentaksiran pelajar untuk penganugerahan diploma dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh rasmi keputusan peperiksaan.

 
Laman Utama arrow Unit arrow Peperiksaan Dan Penilaian