Koleksi Puisi

Rehat Minda

Unit Pusat Sumber PDF Cetak Emel

Fungsi Pusat Sumber

1.                  Merancang, mengurus serta menyelaras semua aktiviti pusat sumber institut agar sesuai dengan objektif dan peranan pendidikan selaras dengan Prosedur Kerja BPG-PPK-PT-21

2.                  Menyediakan satu koleksi sumber perpustakaan di peringkat institut bagi penggunaan semua ahli dan masa depan demi mencapai aspirasi IPGM-KBM dan Kementerian Pelajaran Malaysia

3.                  Membantu pelajar dan pensyarah menggunakan perkhidmatan pencarian maklumat (information retrival), membuat kerja rujukan serta menggunakan alat-alat hardware dan software yang terdapat di pusat sumber.

4.                  Memberi perkhidmatan penggunaan dan pinjaman bahan-bahan sumber pendidikan kepada pengguna

5.                  Menyediakan anggaran belanjawan mengurus pusat sumber institut pada setiap tahun

6.                  Mengedar  borang penilaian dan membuat analisis tentang keberkesanaan penggunaan pusat sumber dua kali setahun

7.                  Membuat perancangan dan perbincangan tentang keseimbangan koleksi dari segi kursus yang ditawarkan, kuatiti serta kualiti bahan agar selaras dan bertepatan dengan kehendak pengguna pusat sumber dan menyediakan laporan-laporan tertentu

8.                  Memastikan keselamatan buku-buku dan pelbagai koleksi lain yang disimpan di pusat sumber terjamin 

9.                  Memberi orientasi penggunaan pusat sumber dan pencarian maklumat melalui OPAC kepada pelajar baru semasa taklimat pendaftaran pelajar baru pada setiap semester

10.              Melakukan proses pemilihan, penilaian dan perolehan koleksi bahan yang diperlukan secara seragam

Objektif Pusat Sumber

1.                  Melaksanakan 100% proses pengurusan, perancangan dan pelaksanaan program pusat sumber agar dapat dijalankan dengan berkesan, mengikut masa yang telah ditetapkan serta mencapai standard kualiti yang ditetapkan oleh BPG, Pekeliling Ikhtisas, PKPA dan Arahan Perbendaharaan

2.                  Melaksanakan 100%  analisis keberkesanan penggunaan pusat sumber secara berterusan sebagai memenuhi keperluan mendapat data dan maklumat untuk rujukan institut, BPG mahupun pihak luar.

 

 

 

 

 

 
Laman Utama arrow Unit arrow Pusat Sumber