Koleksi Puisi

Rehat Minda

Jabatan Hal Ehwal Pelajar PDF Cetak Emel

Makluman terkini berkaitan aktiviti HEP IPG Kampus Bahasa Melayu:

 

 

FUNGSI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

1.      Teras/Hakiki

a.      Melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran (P&P)(20%) dan tugas pengurusan (80%)

b.      Merancang P&P semester bagi kursus Bahasa dan Ilmu Pendidikan yang menepati keperluan sukatan pelajaran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan kehendak prosedur kualiti yang berkesan

c.      Menjalankan P&P secara bersemuka (70%) dan secara akses kendiri (30%) bagi program praperkhidmatan dan kursus dalam perkhidmatan(KDP)

d.      Menilai pencapaian P&P melalui kerja kursus, taksiran dan peperiksaan.

e.      Memastikan aspek pencapaian kepuasan pelanggan pelajar praperkhidmatan dan pelaksanaan P&P, sekurang-kurangnya pada skor min 3.5

f.        Membimbing dan menilai prestasi pelajar dalam praktikum.

2.      Kecemerlangan Profesional Pensyarah

a.      Mengadakan sesi perjumpaan professional sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap semester.

b.      Mengadakan kursus / latihan dalaman yang berkaitan dengan pengurusan kelompok, ICT, dan penyelidikan tempatan.

c.      Mengadakan lawatan penanda aras ( jika perlu) sama ada ke sekolah, institusi pendidikan guru atau intitusi pendidikan yang lain

3.      Kecemerlangan Profesional Pelajar.

a.      Melaksana dan memantau program peningkatan dan pengembangan kendiri pelajar.

b.      Mengumpul, menyalur dan membekalkan maklumat antara pihak pelajar, pensyarah, pentadbir, dan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

c.      Memberi latihan asas dalam aspek penyuburan diri, kepimpinan dan pengurusan.

d.      Mengurus hal-hal kebajikan dan keselamatan pelajar.

e.      Menjalankan aktiviti dan pemantauan untuk mempertingkatkan disiplin serta sahsiah keguruan pelajar.

f.        Mengurus dan mentadbir hal-hal berkaiatan penginapan pelajar, sama ada di asrama mahupun di luar asrama.

g.      Menyediakan khidmat pengembangan, pencegahan, pemulihan dan rujukan pelajar.

4.      Penyelidikan dan Pembangunan.

a.      memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah dan pelajar untuk tujuan penambahbaikan khususnya dalam bidang pedagogi dan pengurusan pelajar.

b.      Menyediakan khidmat konsultasi dan rujukan pendidikan dalam penyelidikan untuk pelajar.

c.      Menjalankan penyelidikan dalam aspek pengurusan pelajar dari semasa ke semasa untuk tujuan penambahbaikan.

5.      Pengurusan Berkualiti.

a.      Mengamalkan pengurusan P&P dan pengurusan jabatan secara muafakat dan profesioanl mengikut standard kualiti yang ditetapkan BPG, Pekeliling Ikhtisas , PKPA, dan Arahan Perbendaharaan.

b.      Melaksanakan tugas berpadukan dokumen-dokumen yang ditetapkan dan bersesuian.

c.      Mewujudkan sistem pengurusan asrama yang afektif.

Objektif Jabatan

a.      Menjadi penghubung antara pelajar dengan seluruh organisasi IPG.

b.      Melahirkan guru yang berkualiti seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

c.      Memupuk komitmen pelajar dalam pembinaan sikap dan sahsiah positif kearah penghasilan guru yang brkesan.

d.      Mengemaskini sistem rekod pelajar dan rekod pentadbir Jabatan yang suai manfaat serta mudah capai , 100% baik.

e.      Mengurangkan kes salahlaku dan pelanggaran peraturan dalam akta 174 dalam kalangan pelajar praperkhidmatan sehingga tahap sifar kes.

f.        Meningkatkan tahhap kecekapan personel jabatan (100%) dalam pengurusan hal ehwal pelajar yang meliputi khidmat kaunseling, rekod dan tatatertib, kebajikan dan sosial, kediaman pelajar, aduan pelanggan dan data pelajar.

g.      Meningkatkan keberkesanan sisitem sebaran maklumat (100% )yang berkaitan dengan pentadbiran dan kebajikan dalam kalangan warga institut.

h.      Mengaktifkan peranan Jawatan Perwakilan Pelajar (JPP) ke  tahap yang boleh dibanggakan di peringkat IPG.

i.        Memantau (100%) aktiviti pelajar praperkhidmatan dengan lebih sistematik dan berkesan.

 

 

 
Laman Utama arrow Jabatan arrow Hal Ehwal Pelajar