Statistik
Ahli: 2Berita: 59
Capaian Web: 5
Pengunjung: 32650
Koleksi Puisi
Rehat Minda
| Jabatan Ilmu Pendidikan |
|
|
|
|
FUNGSI JABATAN ILMU PENDIDIKAN 1.Teras /Hakiki a. Menjalankan pengajaran – pembelajaran sekurang-kurangnya 90% daripada interaksi semester secara bersemuka bagi program Praperkhidmatan dan bagi program Kursus Dalam Perkhidmatan bagi mata pelajaran Ilmu Pendidikan, Pendidikan Khas, Bimbingan dan Kaunseling, Pemulihan Khas dan Pengajian Profesional . b. Menjalankan pengajaran –pembelajaran secara akses kendiri bagi program Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah ineteraksi semester c. Menjalankan pengajaran mikro dan makro bagi mata pelajaran pengkhususan d. Merancang,melaksana, dan menilai kerja kursus bagi semua mata pelajaran yang terlibat e. Menilai prestasi pencapaian akademik pelajar melalui peperiksaan f. Menilai keberkesanan penyampaian pengajaran pembelajaran dari aspek kepuasan pelanggan pada tahap skor min 3.5 g. Membimbing dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum 2. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pensyarah a. Mengendalikan kursus peningkatan profesional sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi semua ahli jabatan b. Mengadakan kursus dalaman berkaitan dengan P-P bagi semua pensyarah sekurang-kurangnya 3 kali setahun e. Melaksanakan penyelidikan dalam P-P dan membuat penambahbaikan f. Mengadakan lawatan profesional untuk menambah pengalaman dan membuat penandaarasaan g. Melaksanakan kursus ICT untuk semua pensyarah 3. Program Kecemerlangan Profesional untuk pelajar a. Memastikan pelaksanaan kuliah dan tutorial dilaksanakan 100% b. Mengadakan bengkel dan seminar untuk mempastikan pencapaian akademik guru pelatih sekurang-sekurangnya 70% cemerlang, 30% kepujian c. Mengadakan lawatan profesional ke sekolah sekolah atau pusat pemulihan untuk menambah pengalaman pelajar d. Mengadakan pameran pengajaran pembelajaran untuk menambah ilmu dan pengalaman pelajar e. Melaksanakan gerak gempur bimbingan mengulangkaji untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik f. Menggalakan pelajar melaksanakan penyelidikan tindakan 4. Pengurusan Berkualiti a. Mengamalkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan profesional mengikut standard kualiti yang ditetakan. b. Melaksanakan tugas berpandukan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan dan sesuai. 5. Objektif Jabatan a. Menghasilkan guru permulaan yang kompeten dalam melaksanakan ilmu pengajian pendidikan keguruan di sekolah b. Membentuk insan guru yang bestari, profesional dan berkerampilan serta berkemahiran dalam TMK c. Pada akhir tahun 100% pelajar yang mengambil mata pelajaran Ilmu Pendidikan dan pengkhususan Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas lulus dengan unjuran 70% mendapat pangkat cemerlang,26% pangkat kepujian dan 5% pangkat lulus
|
Jabatan
Ilmu Pendidikan 


