Statistik
Ahli: 2Berita: 59
Capaian Web: 5
Pengunjung: 32650
Koleksi Puisi
Rehat Minda
| Jabatan Pendidikan Jasmani |
|
|
|
|
FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 1. TERAS/HAKIKI a. Menjalankan pengajaran-pembelajaran secara bersemuka bagi program praperkhidmatan dan bagi program dalam cuti sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah interaksi/kredit/semester. b. Menjalankan pengajaran-pembelajaran secara akses kendiri bagi program praperkhidmatan dan bagi program dalam cuti sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah interaksi/kredit/semester. c. Menjalankan sesi pengajaran mikro dan makro bagi pelajar sesuai dengan bidang kursus yang dijalankan. d. Menilai pencapaian pengajaran-pembelajaran melalui kerja kursus, taksiran, aktiviti dan ujian amali, dan peperiksaan. e. Menilai keberkesanan penyampaian pengajaran-pembelajaran dari aspek pencapaian kepuasan pelanggan untuk pelajar praperkhidmatan sekurang-kurangnya pada tahap skor min 3.5. f. Membimbing dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum. 2. PROGRAM KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNTUK PENSYARAH a. Mengadakan sesi latihan perkembangan staf dalam jabatan sekurang-kurangnya dua kali setiap semester. b. Memupuk dan mempertingkatkan kemahiran dan budaya menjalankan kajian tindakan di kalangan pensyarah jabatan supaya menghasilkan sekurang-kurangnya satu kajian tindakan setiap tahun. 3. PROGRAM KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNTUK PELAJAR a. Mengurus Program Sukan Rekreasi dan Program Pendidikan Luar untuk memantapkan kemahiran pelajar dalam PJK seperti yang dituntut dalam kurikulum. 4. PENGURUSAN BERKUALITI a. Mengamalkan pengurusan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan jabatan secara bermuafakat dan professional mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh BPG serta arahan Pekeliling Ikhtisas, PKPA dan Arahan Perbendaharaan. b. Melaksanakan tugas berpandukan dokumen-dokumen yang ditetapkan dan yang bersesuaian. OBJEKTIF JABATAN Pada akhir pembelajaran, 100% pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik akan lulus dengan unjuran 30% mendapat pangkat cemerlang, 60% pangkat kepujian dan 10% pangkat lulus.
|
Jabatan
Pendidikan Jasmani 


