Koleksi Puisi

Rehat Minda

Unit Multimedia PDF Cetak Emel

Fungsi Unit Multimedia

1. Teras / Hakiki

a.  Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di dalam organisasi

b. Mengurus dan menggembeleng beberapa projek TMK atau unit serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan

c. Melaksanakan pengurusan dan penyenggaraan sistem rangkaian  dan pusat data institut

d. Bertanggungjawab membantu dalam pembangunan, pengujian, penyelenggaraan dan kemas kini portal serta sistem-sistem aplikasi berkaitan institut

e.  Khidmat nasihat teknikal di dalam penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar serta melakasana proses penyelenggaraan bila perlu.

f.  Pemprosesan output, baikpulih, bantuan teknikal dan peminjaman peralatan audio visual

g.  Memimpin dalam pelaksanaan projek TMK seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.

2.  Program Kecemerlangan Profesional untuk Pensyarah

a.  Membekal 1 set komputer peribadi (PC) ataupun komputer riba bagi keperluan pensyarah untuk proses pengajaran dan pembelajaran

b. Membekal perisian terkini bagi membantu pensyarah meningkatkan tahap profesionalisme terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)

3.  Program Kecemerlangan Untuk Pelajar

a.  Menyediakan keperluan komputer mencukupi termasuk di makmal        komputer dan perpustakaan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

b.  Menyediakan capaian internet termasuk dalam rangkaian tanpa wayar (wireless) bagi kemudahan pelajar

Objektif Unit

a.  Memberikan perkhidmatan dengan menyediakan peralatan serta perisian TMK serta audio visual bagi tujuan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran

b.  Merangsang daya inisiatif serta kreativiti pensyarah dan pelajar dengan penyediaan perkhidmatan internet seluruh kawasan institut bagi memudahkan capaian maklumat

c.  Memperkenalkan institut kepada dunia luar dengan membangun, menyelenggara dan mengemaskini laman web institut sejajar dengan keperluan informasi terkini

 

 

 

 

 
Laman Utama arrow Unit arrow Multimedia